Wednesday, 16 November 2016

pibeday

HAPPY BIRTHDAY!!


Eh silap..

SORRY

One more time ye


HAPPY BIRTHDAY MANUSIA!


Ui yang disana.
Ayat wajib tiap tahun ‘Akhirnya kita dah sebaya!’
Dah 18 dah ni. Takraw,takraw gak. 
Study jangan lupa perform.
Sis tahu brader boekkk terror teroks namati
IDOLA..
Saing player malaysia dah sekarang
Dakdak 600 hengget.. eh
Teruskan do. Boleh pergi jauh

Tapi tu tu tu belajor jangan lupa
Dah dapat fav course so do your best
Ingat ibu ayah mak ayah
(erm erm macam terlebih. Macam erm)
Dah cukup umur dah untuk jadi matang sikit kot huhu
(ye ye tahu before this pon you yang lagi matang)
Kita kenal sejak zaman tak berapa nak hingusan sampai
zaman dakdak hipster dah sekarang.
Sejak zaman 360 sampai zaman SNOW.
Sejak zaman lepak mid sampai zaman lepak mamak.
Sejak zaman tudung syria sampai zaman tudung neelopa
Sejak zaman rambut kau pacak belakang sampai 
zaman rambut kemas tolak belakang je.
Banyak lagi kot zaman kalau nak letak..
HAHA nice to know you and thanks for everythings
Selama tu aku kenal kau,nak kencing aku pon 
sila fikir doploh tigapoloh kali okay?
Sampai umur kau 18 dah kita kenal.
Sedar tak dah tua tu? Uhuk.

Cabaran pointer okay?
Ayuh dekan sesame!
(nampak sangat nak cekelat matrik manede dekan huhu)

Happy birthday again NOV boy
Be happy and all the best
Thankyou for the memories
Im sorry. I can delete the photos but not the memories.
You may go..  Pergi jauh-jauh.
I am bad in moving on but I have to.
Hashtag pray for mira huhu
I’ll always wish you the best.
Just do your best and don’t make any stupid things.
Dhf 
12112016

Tuesday, 15 November 2016

Dah dah lah tu

Yang pergi tu ha
Tak pernah toleh lagi weh
Syok der dia pergi
Walaupon aku tahu dia takkan datang lagi
Harapan aku masih dan sentiasa tinggi
BODOH
Biasalah perempuan berharap benda tak pasti huh
Girls.. choii

Aku cari lain
Bukan nak tunjuk kuat pon
Sisthurr nak lupakan yang dah pergi
Aku perati hari-hari
Yelah,dah dekat je
Takkan nak lepaskan peluang ye dak
Crush je bukan buah hati

Tapi aku lupa do
Hati aku dah mati
Bukan dah lama tutup hati?
Dia tak wujud pon dalam hati..
Jadi aku berhenti
Sebelum masalah bodoh jadi lagi
Buat aku benci diri sendiri
Mati lagi kang nanti

Aku dah sedar weh
Pengganti aku
Kat mulut je
Bukan kat hati
Dah dah lah tu..
12112016

lap u madam

I have a lecturer yg tak suka senyum
First day masuk kelas dia,satu praktikum cuak.
Muka ketat gila. Suara jangan cakaplah.
Kepala dah jahat fikir macam mana lah nak hadap sampai sem 2

TAPI satu masa. Dia bagi task untuk siapkan dalam kelas. 
Aku tak tahu lah jadah tiba-tiba bengap aku datang pulak masa tu.
 Aku tak faham satu step dalam task tu. 
Kemain beria aku bina ayat manja siap alunan suara yg ayu lentok bagai minta tolong madam. 
“tu boleh je!” pap satu kali kena.
Makkkai benda simple je tapi kenapa aku tak lepas. Mula carut diri sendiri.
Terus cakap sorry sambil sengih mintak simpati dekat madam. 
GUA DAH GABRA TEROKSS DAH BEB

Tapi rasa macam magic. Madam senyum!
Ya Allah rasa macam menang award bila nampak senyuman madam!
Okay betul lah orang cakap ‘setiap yg berlaku ada hikmahnya’
Ada hikmah aku bengap kejap masa tu…
Sejak dari tu, aku dah tahu madam ni muka je ketat 
tapi layan gak selenge orang. Buat lawak pon boleh tahan terror. 
Tapi dia punya tak suka senyum tu sampai senyum pon senget sikit je haha
Dan sejak dari tu juga,aku lah yg paling mengada dengan madam. 
Selalu cari pasal, selalu buat lawak bodoh, selalu siap paling awal. 
Ha task dia laju je aku siapkan. Tu lah,magic betul senyuman madam ni! 
Dunwori madam ilapiu poleber

Make someone happy will make you happy! xoxo
11112016

merah kuning

Jatuh bangkit kita bersama
Turun naik masih bersama
Ayuh selangor ayuh
Ayuh gergasi merah
Jatuh kami sambut
Menang kami julang
Merah kuning di hati
Selangor sampai mati
08112016

Sunday, 6 November 2016

Untuk junior

SPM datang lagi huhu

Wahai adik-adik
JANGAN ye.
Jangan sekali-kali kau ego
"Tak sabarnya nak blah elleh aku takkan rindu sekolah ni."
After a few months (sambung belajar) sumpah kau akan menyesal dengan apa yang kau cakap (macam aku)
Teruk mana kau lalui kat situ, teruk mana kenangan kau, kau tetap akan rindu.
Walaupon sikit.

Perhimpunan sampai ketaq lutut

takpon terlelap
Beg berat 3 kg
Datang lambat denda kutip sampah
Masuk kelas lambat kena diri luar
Cari pasal fly pergi lepak
Dating dekat pondok cikgu skodeng
Lari turun naik blok nyorok cikgu disiplin ronda
Kena banding dengan kelas lain
Study kat KFC selfie yang banyak
Fight dengan kelas sebelah
Masuk toilet dua puluh kali sehari betulkan tudung JE
Balik sama-sama dengan bestfriends
kadang-kadang boyfriend
Cikgu layan macam anak sendiri
Kena puji perform exam
Kena cubit failed exam
Rehat dengan bestfriend sambil usha crush
atau perati haters
Makan dalam kelas nonstop (wajib)
Stock sentiasa bawah meja
Hulur-hulur toyol masa exam
Dua puluh empat jam hadap muka bestfriend
dll.

Engkau tak rasa pape sekarang.

Engkau tunggu engkau tunggu..
06112016

NOVEMBER


Weh.
Apa?
NOVEMBER dah nak dekat.
Lepas tu?
Aku rasa bulan NOVEMBER nanti aku nak....
Kau sedar tak kita baru Jun??


I wish everything will be just fine.
Dear December, please come faster...
06112016

Monday, 31 October 2016

Kau Sahabat

Kalau nak tahu mana sahabat, tunggu masa kau jatuh..



Satu hari aku kalah. Kalah dengan diri sendiri. Terpaksa tumpang teduh bilik sakit. Benda yang aku tak terfikir. Jatuhnya aku, lemahnya aku, Allah je yang tahu.

Orang kata kau soroklah macam mana pon, kesayangan kau tetap akan tahu. Cepat atau lambat je. Bukan je kekasih. Family, sahabat, pon kesayangan jugak. Manusia, jangan fikir buruk.

Satu saat, pintu terbuka. Pintu bilik. Bukan pintu hati. Yang aku nampak..sahabat. Tak sangka. Secepat tu kau dapat tahu. Siapa yang nak nampak lemah depan kesayangan? Siapa? Tak mampu nak luah. Tak mampu nak cerita. Dia tetap setia duduk depan mata. Hadap manusia tak dengar kata.

'Aku tahu kau tak okay' itu,aku pernah dapat satu masa dulu. Awal-awal kita kenal. Aku tak lupa dan tak akan lupa. Tapi sekarang, bukan lagi kata-kata. Air mata kau. Kau bazirkan demi aku. Aku nampak. Makanan kau makanan aku jugak. Family kau family aku jugak. Sekarang air mata pon kita share ke? Tak tak, bf kau bf kau. Bf aku bf aku. Chill babe chill.

Oh yaa. Air mata tu aku nampak. Hati kau aku dengar. Tweet kau aku baca eh.
Aku kenal kau, kau kenal aku. Kita dua tahu kita bukan jenis yang lemah nangis depan manusia tak tentu pasal. Even depan kau atau aku, Aku sedih tengok kau sedih. Tapi aku tak mampu nak tambah sedih. Benda yang koyak jangan tambah koyaknya lagi... Aku terpaksa tutup mata. Aku terpaksa abaikan. Aku nak kau tahu, aku cakap maaf. Maaf. Maaf untuk hari tu. Saat tu. Maaf aku tak kuat sampai buat kau tak kuat. Ini ke yang namanya you jump i jump? HAHA bullshit babe. Cukuplah kau buat,aku buat. Kau hadap,aku hadap. Kau makan,aku makan. ehem

 31102016